Kelas Asas Ms. Paint

6 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 5 Julai 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms. Publisher iaitu ‘Asas Ms. Publisher’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 5 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mengingatkan semula dan merupakan kelas ulangan kepada peserta yang pernah mengikuti kelas Ms. Paint sebelum ini. Kelas ini menumpukan kepada asas-asa dalam menggunakan Ms. Paint.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awal kelas diterangkan apa itu Ms. Paint dan kegunaan-kegunaannya. Selepas habis penerangan, peserta diajar kegunaan setiap butang yang terdapat pada Ms. Paint tersebut. Oleh sebab ini merupakan kelas ulangan, kebanyakkan peserta mudah untuk mengingat dan memahami apa yang diajarkan kepada mereka seperti memasukkan gambar daripada desktop ke dalam Ms. Paint, menukar jenis dan saiz font, teknik crop dan rotating serta fungsi-fungsi lain. Mereka diberikan tugasan untuk mengubah gambar yang mereka telah ambil dan muat turun daripada internet dan kemudian menambah ayat dan perkataan pada gambar tersebut.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali